Carian
ChatGPT Kelak Boleh Ditetapkan Sebagai Pembantu Maya Utama Peranti Android
January 5, 2024 Fahim Zahar

Corak penggunaan pembantu maya dalam telefon pintar telah berubah sejak perkhidmatan AI diperkenalkan. Disebabkan itu, Google akan menawarkan Google Assistant with Bard dan Classic Assistant tanpa Bard. Apple pula akan membangunkan AI generatif untuk menjadikan Siri lebih berkuasa dalam iOS 18. Microsoft pula telah hadir dengan aplikasi Copilot untuk Android dan iOS.

Terbaru, Mishaal Rahman menemui kod pembangunan di dalam aplikasi ChatGPT untuk Android mengesahkan yang OpenAI kelak akan membenarkan penggunaannya sebagai pembantu maya lalai. Ini memberi pengguna pilihan sama ada ingin menggunakan Assistant, Alexa atau ChatGPT.

Dengan ChatGPT sejak November tahun 2023 telah dikemaskini dengan sokongan suara, ia sudah sedia menjadi pembantu maya peranti Android. Cuma ciri ini akan terhad untuk carian informasi sahaja termasuk merumuskan fail seperti dokumen di dalam peranti dan tidak boleh menggunakan ChatGPT untuk mengawal peranti Internet benda (IoT).

Komen