Elon Musk kini memaklumkan yang mana akan menawarkan kod sumber untuk chatbot “Grok” dibawah xAI dalam bentuk sumber terbuka pada minggu ini. Langkah ini diambil oleh Elon Musk, selepas mengkritik OpenAI sebelum ini menyatakan ia tidak berpegang pada prinsip asal yang ingin bangunkan kecerdasan buatan mereka dalam bentuk terbuka.
Untuk makluman, sebelum ini, Elon Musk turut pernah menawarkan kod sumber algoritma untuk laman X secara terbuka – sekaligus turut melibatkan sumbangan orang ramai dalam menambah-baik kod algoritma berkenaan.
Grok merupakan salah satu chatbot seumpama dengan ChatGPT, membolehkan pengguna berinteraksi dalam mendapatkan maklumat berkaitan. Apa yang menjadi kelebihan Grok adalah ia mempunyai akses kepada data masa-nyata melalui X atau Twitter – sekaligus memberikan input yang lebih terkini kepada pengguna.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan penawaran kod sumber Grok oleh xAI pada minggu ini.