Cari @ Amanz

Ada apa dengan robot anjing? Ini persoalan yang kami belum mempunyai jawapan sepenuhnya kerana sejak Boston Dynamic Spot dilancarkan, Xiaomi, Oppo dan Tecno juga mula menawarkan anjing robot keluaran mereka sendiri. Kini Lenovo turut tidak mahu ketinggalan dengan melancarkan Daystar Bot GS.

Yang membezakan Daystar Bot GS dengan robot anjing yang lain ialah ia mempunyai enam kaki. Ini menurut Lenovo memberikannya lebih banyak kemampuan berbanding pesaing. Ia masih dilengkapi sensor kamera 3D dan juga LiDAR bagi membolehkan ia melakukan navigasi dengan selamat serta jitu. Seperti robot anjing yang lain, Daystar Bot GS menyasarkan penggunaan oleh pelanggan industri, keselamatan dan juga perhotelan.

Pelbagai sensor tambahan dan juga “tangan” boleh dipasang pada bahagian atas Daystar Bot GS bagi membolehkan ia melakukan aksi seperti membuka pintu. Tiada maklumat lengkap mengenai pemproses yang digunakan, kelajuan berjalan atau kapasiti bateri. Yang diketahui ialah robot mempunyai kemampuan kalis air serta debu IP66.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd