Cari @ Amanz

TikTok adalah platform media sosial yang cukup popular. Tetapi tahun lepas, Instagram mendahului TikTok sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat turun. Ini mungkin kerana Instagram turut telah meraih populariti selepas mereka turut memfokuskan kepada kandungan video menegak Reels. Terbaru, TikTok dilihat akan mencabar Instagram dengan TikTok Photos.

Kalau IG boleh tiru TikTok untuk fokus kepada video, kini giliran TikTok tiru IG untuk fokus kepada perkongsian gambar. TikTok Photos diyakini adalah pesaing kepada Instagram kerana kod pembangunan aplikasi mengandungi terma seperti “Open TikTok Photos”, “Share this post to TikTok Photos” dan “Reach other like-minded people who enjoy photo posts”.

Buat masa ini masih tidak pasti tahap serius Bytedance adakah ingin menjadi pesaing TikTok atau sekadar eksperimen seperti TikTok Now yang cuba mencabar BeReal. Dengan Instagram akan mula memfokuskan kepada keseimbangan gambar dan video, TikTok Photos berpotensi menarik pengguna seperti mana Threads menarik pengguna X (dahulunya Twitter). Apa kata anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd