Carian
Oppo Serius Dengan AI Dan Melabur RM6.5 Bilion Untuk Memajukan OnePlus
March 12, 2024 Fahim Zahar

Oppo dilihat amat serius dalam mengintegrasikan kecerdasan buatan pada produk mereka. AndesGPT adalah model bahasa raya mereka dan akan datang AndesAI turut mungkin akan diperkenalkan. Oppo AI Center turut telah ditubuhkan sebagai pusat untuk Oppo meneroka dan menguji kemampuan AI yang akan diberikan kepada pengguna.

Baru-baru ini ketua pegawai produk Oppo dan pengasas OnePlus Liu Zuohu, memberitahu yang Oppo dan OnePlus yakin terhadap teknologi AI yang akan mengubah industri telefon pintar. Ia bukan sekadar gimik pemasaran. Kemudian sejak tahun 2022 apabila strategi dwi-jenama antara Oppo dan OnePlus bermula, pasaran OnePlus telah meningkat pada tahun 2024 sehingga 40% untuk tahun-ke-tahun.

Disebabkan itu juga, Oppo akan melabur sebanyak RMB 10 bilion (~RM 6,522,254,000) kepada OnePlus. Mereka menyasarkan dalam tiga tahun teknologi akan semakin berkembang, penawaran produk semakin besar dan juga perkhidmatan semakin bagus. Menurut Liu Zuohu, AI dan telefon pintar hanya secocok jika;

  • Mempunyai kadar penembusan yang tinggi.
  • Kuasa pengkomputeran yang hebat.
  • Interaktif.
  • Kaya dengan kepelbagaian senario untuk dipadankan dengan sesuatu.

Zuohu turut menyatakan, dulu aplikasi yang membantu menjayakan telefon pintar dan sekarang AI pula. Apa pula pendapat anda, adakah AI ini benar-benar berguna atau hanya sekadar alasan pengeluar peranti untuk menaikkan harga jualan? Bagaimana pula dengan OnePlus yang kini sudah dua tahun menjadi sub-jenama Oppo?

Komen