Carian
Samsung Galaxy Watch Mungkin Kembali Ke Rekaan Empat Segi
March 12, 2024 Effi Saharudin

Jam tangan pintar pertama Samsung ialah Galaxy Gear yang dilancarkan pada tahun 2013. Rekaan asal Galaxy Gear ialah muka jam empat segi dengan kamera terbina pada tali. Kini mula kedengaran ura-ura jam tangan pintar seterusnya daripada Samsung akan kembali kepada rekaan ini dengan menggantikan rekaan muka jam bulat yang digunakan sekarang.

Samsung dilaporkan serius ingin kembali kepada rekaan empat segi yang lebih selari dengan rekaan Apple Watch sejak dari awal. Sebagai pengguna Galaxy Watch kami lebih menggemari rekaan muka jam bulat yang lebih selari dengan rekaan majoriti jam tradisional. Ia juga mempunyai sistem tatalan pada bezel yang cukup mudah digunakan.

Jika Samsung kembali ke rekaan empat segi, ciri unik kawalan pada bezel ini pasti tidak lagi boleh digunakan. Yang pasti ialah Samsung akan lebih serius dalam menawarkan jam tangan pintar dengan penjejak kesihatan bermula tahu ini bersama dengan Galaxy Ring. Pernah suatu ketika kami merasakan Tizen ialah sistem operasi jam yang baik tetapi ia telah digantikan dengan Wear OS menerusi kerjasama dengan Google.

Komen