Intel Dibenarkan Terus Menjual Cip Kepada Huawei Walaupun Menerima Tentangan
Zamir Roslan
Huawei dimasukkan ke dalam senarai entiti Jabatan Perdagangan Amerika sejak 2019. Akibatnya akses kepada Google Play Services, cip 5G, faundri dan pemproses terkini untuk telefon mudah alih telah disekat menyebabkan Huawei hampir tersungkur. Tetapi menarik sekali Huawei masih dibenarkan menggunakan cip komputer keluaran Intel.

Kebenaran menjual cip Intel kepada Huawei diberikan oleh pentadbiran Donald Trump. Terdapat usaha sejak tahun lalu daripada ahli politik Amerika yang menggesa kebenaran ini juga ditarik. AMD adalah antara pihak yang merungut kerana mereka tidak pula diberikan kebenaran menjual kepada Huawei. Akibatnya pada waktu ini hampir 91% komputer yang dijual Huawei dilengkapi cip Intel. Pada ketika ini Intel masih dibenarkan untuk terus berurusan dengan Huawei tanpa sebarang halangan.
Tiada sebab pernah diberikan mengapa hanya Intel diberikan kebenaran. Huawei menyedari hakikat kebenaran ini boleh ditarik bila-bila masa sahaja dan oleh itu telah menghasilkan CPU mereka sendiri tahu lalu. Komputer riba Huawei Qingyun L540 dilancarkan dengan cip Kirin 9006C tetapi hanya untuk pasaran China.
[sumber] Reuters [/sumber]