Poco X6 Neo 5G dilancarkan secara rasmi di India sebentar tadi sebagai peranti pertengahan baharu. Pengenalan ini juga menjadi tambahan baharu untuk peranti di bawah siri Poco X6 sedia ada.
Berkongsi lanjut peranti ini menggunakan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 6080, memori 8GB dan storan 256GB. Bateri 5,000mAh disertakan pula boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan berwayar 33W.
Selain itu peranti juga didatangkan dengan persediaan dwi-kamera utama yang merangkumi 108MP (utama) dan 2MP (kedalaman). Diikuti pula kamera swafoto 16MP yang diletakkan pada lubang kecil di panel hadapan.Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, kalis air IP54 dan pemancar merah.
Peranti ini dijual di India dengan harga bermula INR 15,999 (~RM903) (8/128GB) dan INR 17,999 (~RM1,016) (12/256GB) sebuah. Sebanyak tiga pilihan warna disediakan seperti Astral Black, Horizon Blue dan Martian Orange.
Untuk rekod dua peranti siri Poco X6 sedia dijual di Malaysi dengan masing-masing berharga bermula RM999, RM1,299 dan RM1,499 untuk Poco X6 5G. Sementara itu Poco X6 Pro 5G pula berharga RM1,199, RM1,499 dan RM1,699 sebuah.