Carian
Samsung Galaxy Tab S9 Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM300 Lebih Murah
March 14, 2024 Fahim Zahar

Siri Samsung Galaxy Tab S9 adalah tablet Android yang cukup premium. Terdapat empat model utama di pasaran Malaysia iaitu Galaxy Tab S9, Tab S9+, Tab S9 Ultra dan versi mampu milik Tab S9 FE. Baru-baru ini Samsung Malaysia telah menurunkan harga tablet mereka khusus untuk Raya Rebate Program. Kini setiap tablet Galaxy Tab S9 yang terpilih boleh dibeli pada harga RM300 lebih murah.

Galaxy Tab S9 FE

Berikut adalah senarai tablet yang menerima harga diskaun ini;

Galaxy Tab S9 & Tab S9 FE Raya Rebate Promo
ModelSaiz MemoriHarga Asal (RM)Harga Diskaun (RM)
Galaxy Tab S9 KBD 5G12+256GB4,8494,549
Galaxy Tab S9 5G12+128GB4,3494,049
Galaxy Tab S9 KBD12+256GB4,1993,899
Galaxy Tab S912+128GB3,6993,399
Galaxy Tab S9 FE 5G8+256GB2,9992,699
Galaxy Tab S9 FE 5G6+128GB2,6992,399
Galaxy Tab S9 FE8+256GB2,3992,099
Galaxy Tab S9 FE6+128GB2,0991,799

Untuk model dengan KBD adalah berkas bersama dengan papan kekunci, sementara model dengan 5G adalah untuk sokongan selular dan yang nama tablet sahaja adalah versi WiFi. Samsung Galaxy Tab S9 adalah tablet dengan skrin Dynamic AMOLED 2X 11-inci, 120Hz, HDR10+, dijana Snapdragon 8 Gen 2, kamera 13MP, speaker AKG, bateri 8400mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W.

Untuk Galaxy Tab S9 FE pula, ia menggunakan skrin IPS LCD 10.9-inci yang dijana dengan Exynos 1380 . Kamera pula adalah 8 Megapixel dan bateri hanya 8000mAh. Kebanyakan ciri dan fungsi lain adalah lebih kurang sama. Jika anda berminat, anda boleh pergi ke laman web Samsung untuk membeli. Tarikh promosi hanyalah dari 11 Mac sehingga ke 8 April 2024.

Komen