Cari @ Amanz

Microsoft Copilot Pro adalah chatbot AI yang lebih berkuasa berbanding Copilot percuma. Ia menggunakan model AI seperti GPT-4 Turbo untuk prestasi yang lebih pantas lebih-lebih lagi ketika waktu penggunaan puncak. Copilot Pro turut boleh digunakan bersama Microsoft 365, menerima 100 boost untuk Image Creator from Designer dan kelak boleh mengakses Copilot GPT Builder untuk membina chatbot peribadi.

Hari ini Copilot Pro sudah boleh dilanggan oleh pengguna Malaysia selepas hampir dua bulan ia diperkenalkan kepada pengguna terpilih. Harga langganan yang Microsoft kenakan adalah RM98 sebulan. Untuk melanggan, anda boleh lakukan pada aplikasi atau web. Tawaran sebulan percuma yang Microsoft nyatakan tidak kelihatan pada akaun saya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd