Carian
xAI Kini Menawarkan Model Binaan Dan Pemberat Asas Untuk Grok Dalam Bentuk Sumber Terbuka
March 18, 2024 Aman

Elon Musk sebelum ini telah menjanjikan penawaran Grok dalam bentuk sumber terbuka. Selari denganya, kini xAI telah pun mula menawarkan model pemberat asas untuk Grok, selain binaan rangkaian untuk Grok-1. xAI menyatakan Grok-1 model asas yang ditawarkan ini adalah tidak dioptimasikan lagi, dan pada fasa pra-latihan, bertarikh pada Oktober 2023 lepas.

Model yang ditawarkan juga tidak dioptimasikan untuk sebarang penggunaan aplikasi, termasuk berbentuk perbualan dan sebagainya. Grok-1 dikatakan menyertakan 314 bilion parameter model latihan “Mixture-of-Experts” oleh xAI.

Buat masa ini, kod sumber yang dikeluarkan tidak menyertakan korpus untuk data latihannya. Apa pun, penawaran ini agak menarik, apatah lagi dengan Elon Musk yang menyaman OpenAi kerana tidak menawarkan model mereka dalam bentuk sumber terbuka seperti perancangan awal.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran kod ini melalui GitHub hari ini.

Komen