Carian
YouTube Muzik Menguji Ciri Mencari Muzik Dengan Mendengungkan Iramanya
March 18, 2024 Fahim Zahar

Empat tahun lepas, Google telah memperkenalkan ciri yang menjadi kegemaran saya sehingga hari ini iaitu mendengungkan irama lagu pada Google Assistant untuk mencari penyanyi dan judul lagu. Ia amat mudah untuk orang yang gemar mendengar muzik dan ingin mencari semula muzik yang pernah didengari sebelum ini tetapi sudah lupa. Kini selepas 4 tahun, ciri lebih kurang sama diintegrasikan pada YouTube Music.

Jika sebelum ini anda menggunakan Google Play Music, ia adalah ciri yang sama. Pada YouTube music, akan terdapat ikon penyama (equalizer) di sebelah ikon mikrofon. Tekan ikon ini untuk mula mendengungkan irama lagu yang masih berlingkaran dalam minda. Tetapi jika anda boleh menyanyi, nyanyian anda pun boleh dikesan untuk mencari lagu.

Ciri ini dilihat ditawarkan kepada pengguna YouTube Music di Android dan segelintir kepada pengguna iOS. Adakah anda akan menggunakan ciri ini?

Komen