Carian
Infinix Memperkenalkan Cip Cheetah X1 Untuk Pengecasan Lebih Cekap
March 18, 2024 Amy Maizuraa

Pelancaran hari ini turut menyaksikan Infinix memperkenalkan cip Cheetah X1 yang dibangunkan sendiri oleh syarikat untuk digunakan pada siri Note 40. Ia menggabungkan tiga modul berkuasa dalam satu cip bersaiz kompak seperti All-round Support Module yang boleh mengendali sehingga lapan senario pengecasan yang termasuk mod khas untuk pengecasan malam dan suhu melampau.

Diikuti dengan Power Monitor Module untuk mengesan arus dan voltan dalam masa nyata. Ia bertindak sebagai sistem utama pengecasan yang secara bijak mengagihkan kuasa berdasarkan keperluan masa nyata, selain mampu mengoptimumkan kecekapan kuasa dan melindungi kesihatan bateri. Akhir sekali ialah Safety Module mengintegrasikan 63 langkah pelindungan untuk hampir kesemua potensi baharu dalam senario pengecasan. Kesemua peranti baharu Infinix Note 40 yang diumumkan sebentar tadi dilengkapi dengan cip ini untuk pengecasan lebih cekap.

Komen