Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengakui aplikasi awanan agensi berkenaan telah digodam pada Sabtu lalu. Tetapi Menteri KBS Hannah Yeoh mengatakan tidak berlaku sebarang kebocoran data peribadi berlaku.

Kumpulan penggodam R00tk1t mengaku bertanggungjawab ke atas serangan terkini ini dan berjaya mencuri 270GB data daripada storan awanan. Hannah Yeoh berkata KBS telahpun melaporkan insiden serangan siber ini kepada Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan dan Keselamatan Siber Malaysia. Beliau juga mengeluarkan kenyataan hanya fail pentadbiran dicuri tanpa sebarang maklumat peribadi.
Sejak beberapa bulan yang lalu R00tk1t melakukan serangan ke atas beberapa infrastruktur IT milik kerajaan. Mereka mendakwa telah berjaya mengumpul sebanyak 32TB data daripada kesemua serangan yang dilakukan setakat. Antara yang didakwa berjaya dicuri ialah data PADU yang telah dinafikan oleh Rafizi Ramli beberapa hari selepas serangan dilakukan.