CEO OpenAI : Kami Akan Lancarkan Model Baharu GPT Pada Tahun Ini
Aman
Pada hari ini, OpenAI menawarkan GPT-4 Turbo kepada orang ramai, dalam menggunakannya untuk menjana pelbagai perkara melibatkan teks. Tidak terhenti setakat itu, kini CEO OpenAI melalui sebuah temuramah, berkongsi menyatakan mereka akan melancarkan model baharu GPT pada tahun ini.
Walaubagaimanapun, ia tidak dinyatakan apakah antara ciri-ciri yang akan disokong. Salah satu perkara yang sedia dijangka ramai adalah sokongan token yang lebih tinggi lagi. berbanding sedia ada. Sebelum ini, beberapa minggu lepas ia telah tertiris menyatakan GPT-4.5 bakal hadir. Namun tiada maklumat lanjut berkenaan dengannya buat masa ini.
Pada masa yang sama, dalam temubual sama juga, CEO OpenAI, Sam Altman menyatakan yang mana GPT-4 tidak menarik – sekaligus menandakan yang mana model baharu akan menawarkan sesuatu yang jauh lebih baik, dan mungkin tidak terikat dengan sebarang masalah “kemalasan” dalam penjanaan teks.
Buat masa ini, ia tidak dikongsikan lagi bilakah model GPT baharu ini akan diperkenalkan, selain menyatakan ia akan hadir pada tahun 2024 ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.