Xiaomi bakal mengumumkan peranti baharu Civi 4 Pro yang menawarkan prestasi lebih baik termasuk padanan spesifikasi terkini. Ia akan dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 3 terkini sekaligus mampu menjanjikan lonjakan dalam prestasi, pengimejan dan keupayaan AI.

Imej promosi rasmi juga menunjukkan peranti akan menggunakan lensa Leica Summilux dengan persediaan tri-kamera utama. Ianya boleh terdiri dengan kamera utama bersama kemampuan aperature boleh berubah-ubah dan telefoto yang menyokong zum optikal 2X. Peranti juga boleh mempunyai bingkai yang diperbuat daripada logam bersama sisi rata yang dibulatkan.

Selain itu, panel belakang sejenis kulit digunakan untuk lebih tahan lasak dan mudah dibersihkan. Pelancaran rasmi telah dijadualkan berlangsung di China pada 21 Mac 2024 dan lebih banyak maklumat boleh dikongsi dalam masa terdekat ini.