Cari @ Amanz

YTL mengesahkan superkomputer yang akan dibina di pusat data AI mereka adalah antara yang terawal dilengkapi sistem kecerdasan buatan (AI) paling berkuasa di dunia iaitu NVIDIA GB200 NVL72. Setiap sistem NVIDIA GB200 NVL72 terdiri daripada 36 CPU Grace Hopper yang dipadankan dengan 72 GPU NVIDIA Blackwell B200.

NVIDIA GB200 NVL72

Pusat data AI YTL terletak di kampus YTL Green Data Center dengan keluasan 1640 ekar di Johor. Ia juga menggunakan sumber solar 500MW bagi memastikan kelestarian. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jensen Huang, superkomputer YTL ini akan menawarkan kemampuan perkomputeran DGX Cloud yang berkuasa untuk rantau Asia Pasifik.

Prestasi NVIDIA GB200 NVL72 adalah sehingga 30X kemampuan GPU NVIDIA H100 Tensor Core. Setiap NBL72 mempunyai kemampuan pemprosesan AI sehingga 1.4 exaFLOP dan 30TB memori. Ia akan menjadi unit asas untuk DGX SuperPOD terkini NVIDIA.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd