ShopBack akan menamatkan sokongan ShopBack PayLater, berkuat-kuasa 22 Mac 2024. Pengguna sedia ada boleh menggunakan sokongan pembayaran berkenaan sehingga hari ini, 21 Mac 2024, dan perlu melunaskan bayaran mengikut masa pembayaran seperti biasa. Sementara untuk pengguna baharu, ciri ini tidak lagi ditawarkan.
Sebab disebalik penamatan ini tidak dinyatakan oleh ShopBack. ShopBack sekadar mengatakan pengguna boleh kekal menggunakan perkhidmatan lain dalam terus mendapatkan pulangan tunai melalui perkhidmatan berkenaan.
Penamatan perkhidmatan ini hadir selepas ShopBack turut menghentikan sejumlah pekerja dibawah syarikat mereka baru-baru ini, dan menyatakan hasrat untuk memfokuskan kepada perkhidmatan teras mereka.