Dua tahun lepas, Samsung telah melancarkan Gaming Hub untuk televisyen pintar mereka. Ia adalah hab gaming untuk perkhidmatan penstriman permainan video seperti Amazon Luna, Nvidia GeForce Now atau Xbox Cloud Gaming. Tahun ini Samsung mula memperkenalkan piawaian aksesori permainan Designed For Samsung Gaming Hub bagi memastikan sokongan permainan pada TV mereka lebih menarik untuk para pengguna.

Terbaru, Gaming Hub akan ke telefon Galaxy pula. Gaming Hub yang sedia ada pada telefon-telefon Samsung adalah lebih kepada pelancar yang mengumpulkan permua terpasang, boleh pantau carta pemain lain, serta aktiviti pengguna. Ciri Instant Play yang sedia terbina sekarang hanya menyokong permainan ringkas, tetapi menurut 9to5Google akan datang Samsung akan menambah sokongan yang sama pada TV iaitu membawa perkhidmatan penstriman permainan video ke Instant Play.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan ditawarkan kepada pengguna dan telefon Galaxy mana akan disokong. Samsung turut memberitahu peringkat awal nanti hanya akan menyokong jumlah permainan yang kecil. Jika ia disokong di Malaysia mungkin terhad dengan GeForce Now sahaja kerana perkhidmatan lain seperti Xbox Cloud Gaming terhad id negara seperti Amerika.