Carian
OpenAI Kini Menyatakan Mereka Belum Menetapkan Garis Masa Untuk Sora
March 21, 2024 Aman

Baru-baru ini, salah seorang eksekutif OpenAI telah menyatakan perkhidmatan penjanaan teks ke video yang dikenali Sora akan diperkenalkan kepada umum kelak pada tahun ini. Namun, kini nampaknya ia mungkin mengambil sedikit masa lagi. Melalui perkongsian OpenAI terbaru, mereka menyatakan belum lagi menetapkan sebarang garis masa pengenalan untuk Sora buat masa ini.

Sebelum ini, OpenAI mengejutkan ramai melalui Sora, dimana penjana video berasaskan teks berkenaan menghasilkan mutu dan kualiti video yang sangat tinggi – berbeza dengan pelbagai penjana video berasaskan kecerdasan buatan lain. Perkara ini sekaligus membuatkan ramai tidak sabar untuk mencubanya sendiri.

Proses penjanaan video berasaskan kecerdasan buatan ini sendiri buat masa ini melibatkan kos yang tinggi, dengan keperluan tenaga pemprosesan yang tinggi, selain mengambil masa sedikit lama berbanding penjanaan teks atau gambar.

Disamping itu, kos untuk penjanaan juga dijangka lebih tinggi berbanding yang lain. Mungkin pelbagai perkara ini perlu diselesaikan terlebih dahulu, sebelum Sora diperkenalkan kepada umum.

Komen