Xiaomi Civi 4 Pro Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 8s Gen 3 Dan Lensa Leica
Amy Maizuraa
Xiaomi Civi 4 Pro dilancarkan secara rasmi di China sebentar tadi. Ia dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 8s Gen 3 baharu yang lebih mampu milik berbanding Snapdragon 8 Gen 3. Turut menjadi fokus utama ialah kanta Leica Summilux yang serupa dengan Xiaomi 14 digunakan pada peranti ini.

Seterusnya turut menawarkan kamera 50MP OIS untuk utama dengan bukaan aperature f/1.63 bersama sensor Light Fusion 800. Diikuti dengan kamera 50MP untuk potrait dan 12MP untuk sudut ultra lebar yang melengkapi. Peranti turut boleh merakam video sehingga 4K/60fps menggunakan kamera tersebut. Sementara itu, kamera hadapan 32MP pula hanya menyokong rakaman video 1080P.

Skrin adalah sejenis AMOLED 1.5K 6.55-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin juga menyokong ciri tambahan seperti sokongan gamut warna DCI-P3 dengan kecerahan puncak 3000nits, HDR10+ dan Dolby Vision. Turut disediakan ialah memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X , storan 512GB ufs 4.0 dan pelancar Xiaomi HyperOS sebagai tunjang utama.

Dalam pada itu bateri pula sebesar 4,700mAh yang boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan 67W. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari skrin, NFC, pemancar infra merah dan sambungan WiFi 6. Harga jualan di China bermula RMB2,999 (~RM1,963) (12/256), RMB3299 (~RM2,159) (12/512GB) dan RMB3599 (~RM2,355) (16/512GB) sebuah.
