Cari @ Amanz

Poco berkongsi perancangan untuk hadir dengan peranti baharu di bawah siri C. Ia menjadi pengenalan untuk Poco C61 yang akan dilancarkan di India pada 26 Mac 2024. Laman pengiklanan rasmi juga telah mula diterbitkan bersama sebahagian spesifikasi yang dikongsi bersama.

Antaranya seperti skrin HD+ dengan kadar segar semula 90Hz, memori sebesar 6GB RAM (tambahan RAM maya sehingga 6GB) dan bateri berkapasiti 5,000mAh akan melengkapi peranti. Dalam masa sama, peranti dilihat menggunakan rekaan yang sama seperti sebuah Redmi A3 sebelum ini.

Hal ini sekaligus memberi petanda peranti ini hanyalah penjenamaan semula kepada sebuah identiti baharu untuk beberapa pasaran. Bagi melihat sejauh mana kebenaran jangkaan ini sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd