Cari @ Amanz

OnePlus telah melancarkan telefon pertama dengan pemproses Snapdragon 7+ Gen 3 dikenali sebagai Ace 3V. Ia merupakan cip pemprosesan pertengahan baharu paling berkuasa setakat ini. Dalam masa sama, ketersediaan peranti juga dijangka terhad di China sahaja.

Untuk spesifikasi, OnePlus Ace 3V dilengkapi skrin AMOLED 1.5K sebesar 6.74-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga bernisbah skrin-ke-badan mencapai 93.50% yang turut mempunyai keterangan mencapai 2150nit dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion warna.

Kemudiannya, dijana cip Snapdragon 7+ Gen 3 dengan memori sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman 256GB/512GB UFS 4.0. Kapasiti bateri pula sebesar 5,500mAh dengan pengecasan berwayar 100W. Di samping terdapat juga kamera utama 50MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) dan swafoto sebesar 16MP.

Lain-lain spesifikasi termasuk bluetooth 5.4, IR Blaster, NFC dan Wi-Fi 6. Telefon ini juga masih mempunyai butang ikonik Alert Slider dengan tiga tetapan kawalan yang termasuk untuk nada dering. Harga jualan telefon pintar ini bermula RMB1,999 (~RM1,311) (12/256GB) dan RMB2,599 (~RM1,704) (16/512GB) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd