Tahun lepas kami melaporkan yang Apple ingin menggunakan skrin, bateri dan sensor kamera rekaan sendiri. Tetapi Mark Gurman beberapa hari lepas memberitahu Apple telah membatalkan projek pembangunan skrin sendiri. Sebaliknya akan fokus kepada panel mikroLED seperti laporan sebelumnya.
Skrin mikroLED pada produk Apple masih belum wujud tetapi telah dirancang untuk iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch Ultra. Laporan baharu ini menjelaskan Apple hanya membatalkan pembangunan skrin sendiri untuk Apple Watch tetapi akan terus fokus kepada pembangunan skrin mikroLED. Mana tahu LG akan dipilih sebagai pembekal utama.
Kini tidak pasti apakah nasib pembangunan skrin sendiri untuk iPhone, iPad dan Mac. Sama-sama kita nantikan teknologi skrin baharu oleh Apple yang didakwa akan lebih tahan berbanding OLED serta kurang risiko kepada masalah skrin burn-in.