Vivo Pad 3 Pro turut diumumkan semalam seiring pengenalan siri Vivo X Fold3. Terdapat beberapa penambahbaikan menarik diberikan pada tahun ini agar dapat mampu berfungsi dengan lebih baik berbanding generasi sebelum.

Vivo Pad 3 Pro dilengkapi skrin LCD 3.1K sebesar 13-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Skrin juga menawarkan nisbah kontras 1500:1 bersama kemampuan memaparkan paparan sehingga 1.07 billion dan gamut warna DCI-P3 100%.

Seterusnya cip MediaTek Dimensity 9300 digunakan dengan memori 8/12/16GB dan storan hingga 512GB untuk tunjang utama. Bateri 11500mAh digunakan boleh dicas melalui port USB-C dan pengecasan pantas 66W. Sementara itu sistem kamera pula terdiri dengan 13MP untuk utama dan 8MP untuk swafoto.

Tablet juga memuatkan lapan pembesar suara terbina bersama sokongan beberapa aksesori seperti Vivo Pencil 2 dan papan kekunci. Harga jualan untuk Vivo Pad 3 Pro adalah seperti di bawah :
- vivo Pad3 Pro (16GB+512GB): RMB 3999 (~RM2,616)
- vivo Pad3 Pro (12GB+256GB): RMB 3599 (~RM2,354)
- vivo Pad3 Pro (8GB+256GB): RMB 3299 (~RM2,158)
- vivo Pad3 Pro (8GB+128GB): RMB 2999 (~RM1,961)