Carian
Grok Boleh Di Akses Semua Pelanggan X Premium Minggu Ini
March 27, 2024 Effi Saharudin

Kecerdasan buatan (AI) Grok ialah jawapan X (dahulunya Twitter) kepada chatbot seperti Copilot dan ChatGPT. Tetapi untuk mengaksesnya anda perlu melanggan kepada X Premium+ dengan bayaran RM70 sebulan yang lebih mahal berbanding RM35 untuk langganan X Premium.

Elon Musk pagi ini mengumumkan pada hujung minggu ini, Grok akan turut diberikan kepada pelanggan X Premium secara berperingkat termasuk di Malaysia. Langkah memberikan akses kepada semua pelanggan X Premium ini agak mengejutkan kerana ia dilihat sebagai antara cara X menjana pendapatan.

Berbanding dengan ChatGPT, jawapan yang diberikan oleh Grok adalah lebih santai serta kurang serius. Dengan ChatGPT mempunyai keupayaan yang lebih tinggi dan boleh diakses percuma, tindakan mengenakan bayaran untuk Grok mungkin kurang menguntungkan. Oleh itu Grok diberikan sebagai percubaan terlebih dahulu sebelum kembali kepada sistem berbayar di masa depan.

Komen