Cari @ Amanz

Artifact adalah aplikasi membaca berita yang sangat menarik dari pengasas Instagram. Ia boleh mencadangkan berita yang menarik dan tepat dengan citarasa pengguna, artikel clickbait boleh dilaporkan dan ada ciri AI generatif yang bukan sahaja boleh menjana gambar tetapi turut meringkaskan artikel dalam pelbagai gaya bahasa. Aplikasi ini sepatutnya ditamatkan pada hujung Februari lepas, tetapi sehingga hari ini ia masih kekal aktif.

Kevin Systrom dan Mike Krieger iaitu dua individu yang memulakan Artifact memberitahu pasukan mereka telah pun dibubarkan. Kini hanya mereka berdua sahaja mengendalikan Artifact. Mereka menjelaskan ingin meneruskan operasi Artifact kerana ia mudah untuk dikendalikan. Buat masa ini mereka masih tidak pasti apakah masa hadapan Artifact. Mereka ada mempertimbangkan untuk menjual platform berita ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd