Cari @ Amanz

Sebelum ini dokumen tertiris menunjukkan perancangan Microsoft untuk melancarkan konsol baharu tahun ini. Minggu ini gambar sebuah Xbox Series X tanpa pemacu cakera telah tertiris menerusi laman eXputer yang menerima imej daripada seorang pembaca.

Tiada perbezaan dari segi rekabentuk atau saiz pada model ini kecuali ia berwarna putih sepenuhnya dan tiada lubang untuk pemacu cakera yang biasanya terletak di bahagian hadapan. Bergerak ke belakang kesemua port dan bicu yang wujud pada Series X lama juga dikekalkan.

Jualan permainan video dalam bentuk digital semakin meningkat kerana internet yang semakin pantas. Pandemik juga menunjukkan pembelian digital lebih mudah kerana tiada perlu pergi sendiri ke kedai atau menanti permainan dihantar ke rumah. Tetapi pada waktu yang sama ia menimbulkan risiko permainan yang dibeli tidak dimiliki sepenuhnya kerana stor boleh menarik permainan pada bila-bila masa.

Xbox Series X tanpa pemacu cakera ini pasti dijual pada harga yang lebih murah bagi memberikan persaingan kepada PlayStation 5. Sebelum ini model tanpa pemacu hanya ditawarkan pada model Series S sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd