Carian
Skim SolaRIS Diperkenalkan Untuk Menggalakkan Pemasangan Panel Solar Di Malaysia
March 28, 2024 Effi Saharudin

Kerajaan telah memperkenalkan Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolARIS) bagi menggalakkan pemasangan panel solar di Malaysia. TPM Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan bersetuju untuk menambah sebanyak 100 MW lagi tenaga untuk program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) yang kini meningkat ke 350MW.

Menerusi SolaRIS, bahagian bumbung bangunan boleh digunakan bagi menjana tenaga lestari. Ini secara langsung selari dengan sasaran negara untuk mengurangkan pelepasan karbon ke atmosfera dan meningkat kapasiti penjanaan kuasa lestari sehingga 70% menjelang 2050.

Rebat RM1,000/kWac sehingga maksimum RM4,000 akan diberikan kepada pemohon NEM baharu yang mengemukakan permohonan NEB kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dari 1 April hingga 31 Disember 2024. Seterusnya panel solar perlu dipasang sebelum 31 Mac tahun 2025.

Pengumuman ini hadir selepas Bomba mengatakan akan mengeluarkan garis panduan pemasangan panel solar di Malaysia serta syarikat seperti SOLS Enegry turut mengumumkan program langganan panel solar mereka minggu lalu.

Komen