Cari @ Amanz

Pengasas perkhidmatan pertukaran mata wang kripo FTX, Sam Bankman-Fried (SBF) telah dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun oleh mahkamah di New York. SBF didapati bersalah dalam tujuh pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram dan penipuan atas talian pada November lalu dalam kes penipuan yang melibatkan kerugian mencecah $8 bilion (~RM 38 bilion).

Beliau pada asalnya berhadapan penjara selama 115 tahun kerana pelbagai pertuduhan jenayah. Ini adalah perubahan nasib yang mendadak buat SBF yang hanya beberapa tahun yang lalu dinobatkan sebagai Warren Buffet generasi baharu dengan beliau berjanji mendermakan harta kekayaan untuk tujuan kemanusiaan.

Sepanjang perbicaraan saksi yang terdiri daripada bekas kakitangan FTX dan Alameda Research mengatakan SBF terlibat secara sengaja memindahkan dana pelanggan untuk kegunaan peribadi. Skandal FTX menyebabkan pelbagai nilai kripto dan juga beberapa syarikat kripto lain turut terjejas teruk dan hanya kembali pulih sejak tiga minggu lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd