Cari @ Amanz

Semua Ciri Galaxy AI Galaxy S24 Diberikan Pada Siri Galaxy S23, Z Fold5, Z Flip5 dan Tab S9

Link Copied!

Kemas kini One UI 6.1 telah mula diterima pemilik peranti Samsung Galaxy S23, Z Fold5 , Z Flip5 dan Tab S9 di Malaysia pagi ini. Antara persoalan yang ditanya pengguna ialah adakah semua ciri Galaxy AI yang diberikan pada siri Galaxy S24 diberikan pada peranti-peranti lama? Selepas mengemaskini Z Fold5 dan Galaxy S23 Ultra kami sebentar tadi, jawapannya ialah ya.

Tiada perbezaan langsung dari segi ciri Galaxy AI yang diberikan. Selepas memuat turun kemas kini sebesar sekitar 3GB, proses kemas kini hanya mengambil masa beberapa minit. Sejurus selepas peranti dihidupkan semula, sebuah skrin menyenaraikan cir Galaxy AI yang boleh digunakan.

Circle to Search, Call Assist, Notes Assist, suntingan gambar dengan AI, menjana latar belakang, melakukan ringkasan laman web, Interpreter dan banyak lagi semuanya berfungsi seperti pada siri S24. Kami tidak menyedari sebarang perbezaan dari segi kepantasan melakukan tugasan yang sama setakat ini. Untuk menerima One UI 6.1, sila kemas kini peranti menerusi tetapan Software Update anda hari ini.


Komen ()