Cari @ Amanz

Apple Vision Pro sehingga hari ini masih lagi sebuah set kepala paling canggih. Ia tidak menggunakan konsep realiti maya atau realiti terimbuh, sebaliknya ia adalah set kepala untuk pengkomputeran spatial. Kini selepas Vision Pro telah berjaya dijual ke ramai orang, pasukan jurutera yang menjayakan set kepala ini dilaporkan beralih ke projek iPhone boleh-lipat pula.

Apple dikatakan merancang untuk melancarkan iPhone boleh-lipat pada suku pertama tahun 2027, berubah berbanding sebelum ini suku keempat tahun 2026. Pembekal yang Apple pilih dilaporkan telah menerima arahan untuk terus membekalkan komponen mengikut jadual. Tahun ini Apple telah menerima sampel skrin dari Samsung dan LG. Kemudian dilaporkan Apple telah mempunyai dua prototaip iPhone lipat seakan Samsung Galaxy Z Flip tetapi mungkin tidak diteruskan kerana risau akan kesan lipatan.

Buat masa ini masih tidak pasti apakah masa depan peranti dengan skrin boleh-lipat Apple. Adakah ia iPhone yang boleh jadi iPad atau iPhone yang boleh jadi iPod.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd