Dropbox adalah antara perkhidmatan storan awan yang popular. Ia menyokong aplikasi pada banyak platform, menawarkan kuota percuma untuk pengguna baharu dan akses pautan muat turun fail yang mudah. Bertahun lamanya menguruskan fail pada Dropbox adalah melalui web atau aplikasi tersendiri yang perlu dimuat turun di laman rasmi mereka. Terbaru aplikasi Dropbox akhirnya ditawarkan pada Microsoft Store.
Dropbox for Desktop adalah aplikasi khusus untuk peranti Windows. Seperti OneDrive atau Google Drive, selepas memasang aplikasi ini Dropbox akan terus terbina pada File Explorer untuk akses pantas. Status muat turun turut boleh dilihat pada Taskbar, boleh klik kanan pada fail untuk menandatangan dan terus hantar dan paling penting akan menjimatkan storan peranti Windows.

Aplikasi ini bersaiz sekitar 470.3MB dan jika anda sedang menggunakan aplikasi Dropbox yang lama ia perlu dibuang sebelum versi baharu dipasang. Jika anda berminat, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui pautan di bawah;