Carian
Vivo Juga Menawarkan Rangkaian 5.5G Pada Peranti Di China
April 1, 2024 Amy Maizuraa

Oppo menjadi antara pengeluar terawal yang menawarkan sokongan rangkaian 5.5G dalam industri telefon pintar. Sekaligus menandakan pencapaian penting dalam evolusi daripada 5G ke 6G yang juga menjanjikan peningkatan lebih baik dalam aspek kelajuan, kependaman serta skala sambungan.

Sokongannya kini diperluaskan ke peranti mercu Vivo pula dan pengumuman rasmi itu dibuat melalui kemaskini di Weibo. Ia juga diperkenalkan oleh China Mobile dan disediakan pada dua siri baharu iaitu Vivo X Fold 3 dan Vivo X100 melalui kemaskini secara OTA bermula pada bulan ini. Kelajuan prestasi rangkaian juga didakwa meningkat dengan lebih baik melaluinya.

Dalam perkembangan sama, Vivo tidak ketinggalan berkongsi keputusan kelajuan rangkaian yang diuji pada Vivo X100 Pro. Ia menunjukkan kelajuan purata muat turun boleh mencapai 3619.19Mbps dan kelajuan muat naik mencapai 160.75Mbps dengan masa pendam pula 19ms.

Bagaimanapun ini hanyalah permulaan untuk era 5.5G dan lebih banyak syarikat dijangka akan menawarkannya pada peranti masing-masing dari masa ke semasa. Untuk rekod rangkaian ini turut pernah diuji pada peranti Xiaomi 14 Ultra sebelum ini dengan kadar muat naik mencapai 5132.34Mbps.

Komen