Carian
Ini Adalah Senarai Peranti Xiaomi Yang Akan Menerima HyperOS Selepas Raya
April 1, 2024 Fahim Zahar

Xiaomi HyperOS adalah sistem operasi baharu Xiaomi yang menyasarkan satu OS untuk semua. Sistem ini telah pun dijalankan pada sejumlah telefon tablet, jam, televisyen dan kereta elektrik pertama mereka iaitu SU7 turut menjalankan sistem operasi ini. Sejak Disember tahun lepas, Xiaomi telah mengeluarkan jadual peranti yang akan menerima kemas kini ini untuk suku pertama 2024.

Baru-baru ini Xiaomi berkongsi jadual untuk peranti mereka yang lain yang bakal menerima kemas kini Xiaomi HyperOS. Ia adalah untuk sepanjang suku kedua tahun 2024, dengan kata lain – peranti yang layak bakal menerima kemas kini bermula hari ini sehingga selepas Hari Raya nanti.

Xiaomi 11 Ultra, 11T Pro, Xiaomi Mi 10, Xiaomi Pad 5, Redmi 13C, Redmi 12, Redmi Note 11 dan banyak lagi antara yang layak. Xiaomi HyperOS membawakan perubahan antaramuka yang lebih kemas, saiz sistem yang lebih kecil, dimuatkan dengan banyak ciri AI, memfokuskan sekuriti dan juga prestasi terbaik. HyperMind turut diintegrasikan sebagai sistem AI untuk peranti Internet benda.

Komen