Realme dilihat mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa keping foto di media sosial yang memperlihatkan rekaan peranti terbaharunya iaitu C65. Menerusi perkongsian tersebut, peranti tersebut tampil dengan rekaan seumpama sebuah Samsung Galaxy S22 sebelum ini.
Persamaan terletak pada bonggol kamera di belakang yang juga memuatkan konfigurasi tri-kamera utama. Penggunaan panel belakang yang berkilat juga boleh dilihat pada Realme C65. Diikuti dengan panel hadapan yang menyokong kamera swafoto tunggal pada bahagian tengah. Peranti juga dijangka boleh didapati dalam tiga pilihan warna yang termasuk hitam, ungu dan coklat. Selain turut mempunyai fungsi Dynamic Button terbina terbina pada butang kuasa seperti Realme 12 5G.
Walaupun peranti sudah diacah melalui poster rasmi namun Realme masih belum memperincikan butiran mengenai perkakasan dalaman. Ia sudah pastinya akan terjawab sepenuhnya sewaktu pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung di Vietnam pada 4 April akan datang.