OnePlus Nord CE 4 dilancarkan semalam dengan ia peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cip Snapdragon 7 Gen 3. Ini adalah cip yang dilancarkan November tahun lalu dengan ia memberikan tumpuan kepada kemampuan AI. Ia malangnya bukan versi global untuk OnePlus Ace 3V yang dilengkapi cip Snapdragon 7+ Gen 3 yang lebih berkuasa.
Peranti dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED FHD+ 120Hz dengan teknologi Aquatouch yang membolehkan ia digunakan dengan jari yang basa. Skrin dipadankan kepada memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB, dan bateri sebesar 5500 mAh dengan sokongan pengecas 100W. Kamera belakang pula adalah kombinasi lensa sudut lebar 50MP dan ultra sudut lebar 8MP. Sementara itu di hadapan kamera 16MP pula digunakan.
Tubuh peranti mempunyai sisi berkotak dengan kamera diletakkan dalam bonggol berbentuk bujur. Sementara itu ia juga melepasi piawaian IP54. Masih terdapat butang lungsur membisukan notifikasi pada sisi kiri serta butang laras audio serta kuas pada sisi kanan.
Sistem operasi pula ialah OxygenOS 14 berasaskan Android 14 tetapi sokongan Android hanyalah sehingga 2 versi sahaja. Di India harga jualannya ialah 24,999 Rupee (~RM 1423) untuk 8/128GB dan 26,999 Rupee (~RM 1537) untuk 8/256GB dalam warna Dark Chrome serta Celedon Marble.