Carian
Google Akan Memadam Berbilion Data Pengguna Chrome Yang Dikumpul Melalui Mod Incognito
April 2, 2024 Fahim Zahar

4 tahun lepas Google telah disaman untuk membayar sebanyak $5 Bilion kerana menjejak pengguna ketika melayari web menggunakan mod inkognito pada Chrome. Google didakwa boleh mengenalpasti kawan seorang pengguna, hobi, makanan dan filem kegemaran, dan banyak lagi data lain dipantau tanpa pengetahuan pengguna.

Terkini The Wall Street Journal melaporkan Google telah bersetuju untuk memusnahkan “berbilion titik data” yang dikumpul tanpa kebenaran melalui mod inkognito Chrome. Google turut bersetuju untuk menetapkan Chrome dengan kuki tidak boleh dijejak secara lalai selama lima tahun.

Bermula Januari tahun ini, Google telah pun menghalang kuki pihak ketiga pada Chrome secara berperingkat bagi menggantikan penggunaan Privacy Sandbox. Mod inkgonito pada Chrome turut kini mempunyai amaran kepada pengguna yang data masih akan dijejak oleh laman web pihak yang dilayari.

Komen