MacBook Air M3 Kini Berdaftar Di SIRIM – Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi
Nazrin
Komputer riba Apple MacBook Air terbaru yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple M3 diperkenalkan pada bulan lepas, memperlihatkan kemampuan pemproses terbaru yang bukan sahaja lebih berkuasa, tetapi juga lebih cekap.
Hari ini, Nextrift telah melaporkan bahawa MacBook Air M3 ini sudahpun berdaftar di pangkalan data SIRIM, mengesahkan bahawa ia akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Model-model baru yang berdaftar di pangkalan data tersebut termasuklah model-model MacBook Air 13 dan MacBook Air 15 yang berdaftar sejak minggu lepas.

Selain daripada penggunaan cip Apple M3, komputer riba baru ini mampu menggerakkan dua buah paparan melalui palam USB Type-C dan hadir dengan sokongan untuk rangkaian WiFi 6E yang cukup pantas sekali.

Tanda harga untuk komputer riba ini sudahpun diketahui, dimana ia tampil dengan harga permulaan RM5199 untuk model 13 inci dan RM6199 untuk model 15 inci.
[sumber]Nextrift[/sumber]