Carian
Pemilik EV Smart Akan Menerima Diskaun 30% Untuk Pengecasan Pada Musim Raya Aidilfitri Dari 6 April Hingga 14 April
April 2, 2024 Ikhwan Nazri

Musim raya tiba lagi dan jika pengguna yang akan memandu ke kampung halaman akan menerima tol percuma di seluruh negara, lain pula gayanya bagi pemilik kenderaan elektrik Smart. Berita baiknya adalah pemilik Smart #1 akan menerima diskaun 30% pengecasan di seluruh negara. 

Bagi mendapatkan diskaun 30% pengecasan ini, pemilik Smart #1 perlu menggunakan aplikasi Hello Smart App bagi mengakses dan mengaktifkan pengecasan. Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan aplikasi pengecasan lain. Antara pengecasan yang disokong adalah Gentari, Jomcharge, dan juga ChargEV. Terdapat lebih dari 400 lokasi pengecasan yang boleh diaktifkan menggunakan aplikasi ini. 

Sebagai contoh pengiraan berdasarkan pengalaman pemanduan saya yang terdahulu, sekiranya kos pengecasan DC di Bukit Gantang selama 23 minit adalah sebanyak RM 30, bayaran selepas diskaun 30% adalah pada harga RM 21.

Promosi diskaun 30% pengecasan ini akan bermula selama 9 hari dari 6 April sehingga ke 14 April 2024 dan semestinya memberikan satu lagi sebab untuk pemilik Smart membawa EV pulang ke kampung. Dan bermula hari ini sehingga 30 April, anda juga boleh singgah ke ruang pameran Smart berhampiran untuk mencuba kereta EV mereka.

Komen