Carian
Xbox Akan Mempunyai Chatbot AI Yang Boleh Memberikan Bantuan
April 3, 2024 Effi Saharudin

Langkah integrasi AI oleh Micrsoft akan dikembangkan pula pada platform Xbox. Menurut laporan The Verge, kelak sebuah chabot berkuasa AI akan ditawarkan pada konsol Xbox yang boleh memberikan bantuan kepada pemilik apabila diperlukan.

Pada waktu ini ia masih lagi peringkat percubaan dan prototaip. Ia mampu memberikan bantuan kepada pengguna mengenai perkhidmatan Xbox yang bermasalah dan sola langganan misalnya dengan akses kepada dokumen bantuan sedia ada. Interaksi dengan chabot boleh dilakukan menggunakan suara ataupun menerusi teks.

Kelak ia mungkin juga boleh digunakan untuk memberikan bantuan untuk menghasilkan kandungan dan juga pelbagai persoalan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Micrsoft. Pada PC, Microsoft telah memperkenalkan ciri Copilot yang boleh membantu pengguna melakukan pelbagai tugasan yang dibantu oleh AI generatif. Di bawah usaha AI PC, Microsoft ingin memulakan era komputer dengan kecerdasan buatan terbina.

Komen