Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan keatas jenis-jenis kad grafik yang boleh dijual oleh syarikat-syarikat seperti AMD, Intel dan NVIDIA ke pasaran China, khususnya yang tampil dengan kemampuan pemproses kecerdasan buatan yang berkuasa.

Terkini, kerajaan Amerika Syarikat telah mengetatkan lagi larangan tersebut dengan mengumumkan kemaskini kepada spesifikasi kad grafik yang dilarang dijual di pasaran tersebut, dan beberapa pasaran yang lain.

Kini, kad grafik dengan kemampuan memproses 70 TFLOPS dilarang daripada dijual dii China dan beberapa pasaran terpilih yang lain bermula hari ini, 4 April 2024. Jika anda masih lagi bertanya apakah kad grafik yang Amerika tidak mahu dijual di pasaran tersebut, ia adalah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 D yang dibangunkan khusus untuk pasaran tersebut.

Kad grafik ini dilaporkan hadir dengan kemampuan memproses 73.5 TFLOPS, dan untuk memastikan bahawa NVIDIA tidak menjual kad grafik ini di negara tersebut, mereka telah merendahkan lagi nilai TFLOPS maksima yang dibolehkan untuk dijual di negara tersebut.

China merupakan salah satu pasaran terbesar untuk NVIDIA, walaupun sektor gaming di negara tersebut dikawal rapi oleh kerajaan mereka, kad-kad grafik ini pernah dilaporkan boleh diubahsuai dengan menambahkan jumlah RAM dan dimanfaatkan untuk tujuan-tujuan lain seperti pembangunan mesin pelayan khusus untuk kecerdasan buatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd