Carian
Nothing Mengacah Bakal Mengumumkan Sesuatu Pada 18 April 2024
April 4, 2024 Amy Maizuraa

Nothing dilihat berkongsi perancangan untuk mengumumkan sesuatu berkaitan penawaran baharunya pada 18 April akan datang. Imej promosi rasmi dikongsi tidak memperincikan butiran mengenai produk tersebut. Sebaliknya sekadar memperlihatkan seekor katak dan kumbang tanduk bersama latar belakang bewarna hitam dengan kapsyen ‘Play date’.

Ramai yang mengaitkan hal tersebut dengan pelancaran untuk aksesori audio baharu Nothing. Ia juga dipercayai boleh dikenali sebagai Nothing Ear (3) yang juga diberi peningkatan lebih menarik berbanding generasi sebelum. Dalam situasi berbeza ada juga yang beranggapan penampilan katak dan kumbang yang digunakan itu memberi petunjuk boleh terdapat lebih daripada satu produk yang tiba kelak. Namun dirasakan lebih baik menganggapnya sebagai jangkaan awal semata. Seterusnya nantikan kemas kini lebih lanjut daripada pihak Nothing sendiri.

Gambar sekadar hiasan – Nothing Ear (2)

Komen