Nothing Ear adalah antara barisan TWS yang pasti tidak menyesal untuk dimiliki. Mereka kini mempunyai beberapa model iaitu Ear (1), Ear (stick), Ear (2) dan tiga lagi produk audio di bawah sub-jenama CMF. Terbaru, Nothing telah mengacah kehadiran produk baharu. Berdasarkan video, ia besar kemungkinan adalah untuk Nothing Ear (3).
Video acah ini mempertontonkan seekor katak melompat ke atas seekor kumbang. Jika anda tidak faham konteksnya, tahun lepas Ear (2) menggunakan kumbang sebagai maskot. Video ini mencadangkan kata akan menggantikan kumbang, jadi ia adalah video acah untuk Nothing Ear (3).
Buat masa ini masih tiada sebarang butiran seperti rekaan dan spesifikasi. Jika Nothing Ear (3) dilancarkan tidak lama lagi, ia akan menjadi produk Nothing kedua untuk tahun 2024. Sama-sama kita nantikan.