Adalah lumrah untuk berkongsi kata laluan perkhidmatan penstriman bagi mengurangkan kos langganan dengan ahli keluarga atau rakan sepejabat. Netflix telah menentang perkongsian ini sejak tahun lalu dan ia kini akan dilakukan pula oleh Disney+ bermula Jun ini.

Pada peringkat awal ia akan diperkenalkan di beberapa negara tertentu sahaja menurut CEO Disney, Bob Iger. Kemudian ia akan dikembangkan lagi ke lebih banyak pasaran bermula September. Seperti Netflix, Disney+ membenarkan profil tambahan kepada pengguna yang tidak duduk di bawah satu bumbung menerus langganan tambahan.
Di peringkat awal pelancaran Disney+ dipercayai akan dapat menandingi Netflix dalam arena penstriman. Tetapi sejak akhir-akhir ini hanya Netflix berjaya mencatatkan keuntungan dengan penawaran kandungan yang juga lebih pelbagai berbanding platform lain.