Carian
Tecno Pova 6 Neo Dilancarkan Dengan Bateri 7000mAh
April 5, 2024 Amy Maizuraa

Tecno mengumumkan peranti baharu Pova 6 Neo sekaligus melengkapkan barisan produk berkenaan. Tumpuan utama peranti ini adalah kapasiti bateri besar yang mencapai 7,000mAh. Selain turut mengetengah fungsi dan ciri menarik lain untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Melihat secara umum peranti masih mengekalkan reka bentuk yang serupa seperti versi pro. Melaluinya ia menggabungkan tubuh yang sepenuhnya rata bersama sistem lampu LED Dynamic-Light Effect di panel belakang. Sebanyak tiga warna boleh dipilih yang termasuk Starry Silver, Speed Black dan Comet Green.

Untuk spesifikasi, peranti menggunakan skrin LCD FHD+ sebesar 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia digabungkan dengan cip MediaTek Helio G99 Ultimate, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama. Selain turut menjalankan pelancar terkini HiOS 14 berasaskan Android 14.

Tetapan kamera pula terdiri dengan + Light sensor untuk utama dan swafoto sebesar 8MP. Bateri 7000mAh digunakan kedengaran besar, namun hanya boleh dicas menggunakan pengecasan 33W sahaja. Tiada butiran mengenai harga jualan didedahkan setakat artikel ini ditulis.

Untuk rekod, Tecno Pova 6 Pro sedia ditawarkan di Malaysia dan boleh dibeli pada RM999 sebuah.

Komen