DJI dilihat berkongsi satu lagi perancangan untuk mengumumkan produk baharu. Dalam imej promosi rasmi yang ditunjukkan ia boleh menjadi pelancaran untuk gimbal bahari di bawah siri Ronin. Seterusnya dijadualkan berlangsung pada 9 April 2024 yang diadakan dua hari sebelum pengumuman dron baharu mereka pada 11 April 2024.

DJI masih belum memperincikan butiran mengenai produk termasuk nama khusus. Jangkaan awal ialah ia mungkin dikenali sebagai DJI RS4 / RS 4 Pro. Menguatkan lagu dakwaan apabila kedua-dua nama model tersebut telah dalam pangkalan data FCC. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai perkara-perkara ini.