Carian
Razer Blade 18 (2024) Dilancarkan Dengan Skrin 4K 200Hz Dan Thunderbolt 5
April 5, 2024 Amy Maizuraa

Razer Blade 18 (2024) pertama kali diumumkan pada CES 2024 namun tiada butiran mengenai spesifikasi yang diperincikan. Nampaknya kini Razer berkongsi lebih lanjut mengenainya beserta harga jualan rasmi. Antara yang menjadi tumpuan adalah Thunderbolt 5 baharu sekaligus menjadi antara terawal yang menyokongnya.

Seterusnya ia juga menawarkan tiga pilihan paparan iaitu QHD+ 240Hz, QHD+ 300Hz Mini-LED dan UHD+ 200Hz sebesar 18-inci dengan nisbah aspek 16:10. CPU digunakan pula sehingga Intel Core i9-14900HX bersama memori 64 GB DDR5-5600MHz dan storan berasaskan SSD M.2 NVMe PCIe 4.0. Kemudian pilihan CPU pula sehingga NVIDIA GeForce RTX 4090 (16GB GDDR6 VRAM).

Terdapat juga enam pembesar suara terbina yang disokong oleh THX Spatial Audio. Selain turut dilengkapi sistem lampu RGB tersendiri Razar Chroma dan bateri 91.7Wh dengan pengecasan 280W/300W. Pelbagai pilihan I/O turut diberikan yang termasuk 3 x USB 3.2 Gen 2 Type-A, 1x USB-C 3.2 Gen 2 Type-C, RJ45 – 2.5Gb ethernet, HDMI 2.1 dan pembaca kad SD. Harga jualan komputer riba ini bermula $ 3,099.99 (~RM14,709) sebuah.

Komen