Carian
Apple Dan Google Melesenkan Gambar Dan Video Shutterstock Untuk Tujuan Melatih AI
April 6, 2024 Aman

Kebelakangan ini, pelbagai syarikat teknologi melihat kepada pelbagai penyedia kandungan dalam usaha untuk melatih model kecerdasan buatan masing-masing. Ini sekaligus membawa kepada pelbagai penyedia perkhidmatan perkongsian gambar dan video yang mula melesenkan kandungan mereka kepada yang lain.

Mengikut laporan Reuters, ia dikatakan Meta, Google, Apple dan juga Amazon sedia bekerjasama dengan Shutterstock dan melesenkan jutaan imej pada platform berkenaan untuk tujuan melatih kecerdasan buatan yang dibangunkan masing-masing.

Selain imej dan gambar, lesen ini juga dikatakan turut meliputi pelesenan fail-fail muzik dan juga video.

Sebelum ini juga, Shutterstock sedia umum kerjasama dengan OpenAI untuk melesenkan kandungan mereka dalam melatih model kecerdasan buatan OpenAI.

Komen