Carian
Google Perkenalkan Jpegli Yang Mengurangkan Saiz Gambar Tetapi Dengan Kualiti Lebih Baik
April 8, 2024 Effi Saharudin

Storan kini menjadi isu di dalam peranti lebih-lebih lagi sekiranya anda banyak mengambil gambar. Apabila peranti penuh, ia perlu dimuat naik ke storan awanan yang memerlukan langganan bulanan pula. Untuk menyelesaikan isu storan data, Google memperkenalkan Jpegli yang merupakan alternatif kepada format Jpeg tetapi dengan kualiti gambar lebih baik serta saiz yang lebih kecil.

Saiz gambar yang menggunakan Jpegli adalah sehingga 35% lebih kecil berbanding Jpeg. Tetapi menurut Google, gambar Jpegli mempunyai hingar yang lebih rendah dan mengekalkan butiran dengan lebih baik. Ia juga serasi dengan pengekod JPEG sedia ada membolehkan ia digunakan terus di laman web. Gambar Jpegli juga menyokong pengekodan 8 bit bit serta 10+ bit.

Jpegli akan mempercepatkan masa diambil untuk membuka laman web dan pada waktu yang sama mengurangkan beban kepada pelayar laman web. Kepada pengguna pula, mereka boleh memuat naik lebih banyak gambar dengan saiz storan awanan yang sama sekiranya menggunakan Jpegli.

Empat belas tahun lalu Google memperkenalkan Webp dengan ciri yang sama tetapi ia gagal menggantikan Jpeg sebagai format gambar pilihan orang ramai dan juga di atas talian.

Komen